PUND*K

27 10 2016

Hari ni hari marah saya..

Sekian…

Advertisements




Happy Birthday Princess

25 10 2016




MISI SELATAN

23 10 2016

Today yeklah hari terakhir dalam misi shooting di zon selatan tanah air.. setelah seminggu keluar kawasan KL kini kami telah melayari 3 negeri.. N9, Melaka dan akhir sekali Johore..

PENAT tapi puas hati.. 


Next yeklah zon Pantai Timut.. lagi seminggu dari sekarang.. balik ni nak lepak dulu kasi pulih segala tenaga..

Daa..





YONG PENG

22 10 2016

Bila aku nampak signboard Yong Peng.. aku musti tringat satu kejadian ni. Dah lupa tarikh mahupun tahunnya. Yg pasti malam. kecik lagi aku time tu.. darjah-darjah lagi lah camtu..

Aku, mak dan arwah ayah (ayah tiri aku.. Bakar) pergi ke Batu Pahat tak silap aku.. menaiki kereta yg disewa dari kampung.. sampai area Yong Peng.. malam… tayar kereta pancit. Ayah tiri aku terpaksa bukak tayar di tepi jalan dan menahan sebuah lori yg kebetulan lalu di situ, lalu beliau tumpang lori tetsebut ke bengkel yg berhampiran.. aku ngan mak tinggal di tepi jalan utk jaga kan barang2 dan kereta di situ..

Takdelah hebat mana pun kisahnye.. habis kat situ je.. hahahah.. tapi mmg aku takkan dapat lupa Yong Peng dan kisah taya pancit tu.. mungkin aku duk pikir betapa getirnya keputusan ayah nak tinggalkan kami tepi jalan tah selamat atau tak.. malam plak tu.. takde ape2 di sekeliling.. mungkin jugak aku duk terpikir betapa gelisahnya omak memikirkan keselamatan kami dua beranak di tepi jalan tu..

Erm.. itu jam semua keperluan diri org uruskan.. buat lah apa nak buat.. takyah pikir apa2.. selagi tak bahaya buatlah.. takde yg marah.. takde yg larang..

Ini jam.. uruslah sendiri..

Landskap nye agak unik.. banyak antena2 tinggi menjulang di merata tempat.. denga crita penduduk tempatan boleh nonton channel dari negara jiran.. wah.. takyah la susah2 nak langgan channel berbayar yg satu tu.. 

Okey.. ektibiti shooting ini hari.. asnaf yg berjaya dlm bidang pembikinan serta jualan roti dan cake.. suami istri yg istikomah menjalankan perniagaan demi manampung keperluan keluarga.

Kadang kala tepakse beraksi luar biasa ketika melakukan pengambaran.





SELAMAT PAGI MELAKA

21 10 2016

Assalamualaikum.. 

Bahagia!?.. pagi2 kena lah bahagia.. hari ni sambung shooting sekitar Melaka.. tengahari stop layan solat jumaat.. 

Pakcik Samat anak ey si esyah nikah hari ni.. kut ado joki bleh turun.. tengok camno ey nanti.. sarapan dulu.. sompek buek clip jalan nak poi mamak tadi.. meh layan jap..

Jap 9 pagi kami bertolak ke area Bukit Katil, Melaka.. rumah asnaf yg mengusahakan pembikinan kuih.. kek.. dan macam2.. ibu tunggal 7 anak.. hidup susah.. dgn bantuan dari Majlis Agama Islam Melaka, bliau berjaya memajukan perniagaan nya.. begitu juga dgn bantuan dari beberapa insan mulia mendapatkan tempahan utk bliau..

* Puan Dayang (2 dari kiri) bersama 2 orang Datin yg sering mendapatkan tempahan buat beliau.

Shooting kami dihentikan seketika utk laluan solat jumaat.. memandangkan maso masih banyak seblom jumaat, kami bersetuju utk poi umah Pak Cik Samad utk makan kenduri.. si Echah nikah hari ni.. 

Try tipun omak.. omak koba dio baru sampai umah Pakcik Samad.. ok ngam.. sey otw ke sanun…

Menu : Masak lomak pisang ngan daging salai.. ikan semilang masak samba merah… nyam.. nyam.. 

* Dapek yo melopeh rindu samo bonda tersayang.

* Tahniah Echah!! Slamat Pengantin Baru!!

Pengambaran diteruskan.. kali ni pegawai tertinggi dari Majlis Agama Islam Melaka turut serta dalam pengambaran yg kami lakukan di samping datang membuat pantauan terhadap asnaf mereka.

Blanje skit shot.. guna OSMO..

Setel sudah menggambaran.. so kami mengorak langkah ke Johor semula.. Yong Peng destinasi seterusnya..

Kelaparan melanda.. tiba di Yong Peng trus cari kodai makan.. lopeh ni bnak carik hotel plak.. 





ANI anak ayah..

20 10 2016

Blip!! blap!!.. dah besar dah anak saya nan sorang ni.. makin comel.. makin bijak.. makin kuat makan.. tak banyak ragam.. berfikiran macam org besar.. sayang betul saya sama bliau ini.

Tak dinafikan peranan yg besar dijalankan oleh Dak Ayu sebagai “ibu mithali ibu sejati tunggak pada singer menawan keluarga bahagia”.. telah menjadikan Ani sebagai kanak2 luarbiasa hebatnya.. tq Allah.. tq Ayu..

* Utk makluman.. itu mmg bahasa utama Ani.. bukanlah dia mengade-ngade atau nak lupa daratan.. harap ampunkan beliau ya.. 😉😉

Smoga Ani berjaya dunia akhirat.. ayah sayang Ani dan Ibu…





Ikon Asnaf @ Johor

20 10 2016

Hui.. awal aku bangkit hari ni.. jam di paparan skrin henpon SAMSUNG menunjukkan jam 3.30 pagi.. huh.. masing hening pagi lagi tu.. (apo maksud hening tu? den main pakai yo.. macam sodap plak bilo di masukkan dalam prosa kata)

Alhamdulillah.. serangan semput hanya berlaku secara kecil-kecilan je..masih boleh handle.. 

Aktiviti hari ni yeklah.. shooting aktiviti asnaf dan cover story pasal Majlis Agama Islam Negeri Johor.. memandang kan sekarang ni baru pukul 5.30 pagi.. so blom ada sebarang aktiviti berlaku utk di update.. so kang dah ado kang den sambung balik yo.. daaa…. (kalau rajin kang den buek an video, kalau tak kang.. layan yo lah apo yg ado).

Jam 6.00 pagi

*visual bangunan hotel penginapan

Lapa… pak bob dah tejaga nampaknye tu.. “Jom pak bob.. g 7e.. bli makanan.. lapa plak ni…” Pantas pak bob bersiap.. kami turun dari bilik hotel menuju ke 7e di block sebelah..

Pertamo skali kami ke area Plaza Angsana.. nak kena cover program kursus Rancangan Perniagaan dan Kewangan Asnaf bagi topik Product Packaging anjuran Majlis Agama Islam Johor, MAIJ. 

Dua antara usahawan asnaf yg kami nak cover dalam siri dokumentari IKON ASNAF  Musim ke-2 ini ada menghadiri ini kursus..

*Puan Ruhidah, pengusaha kerepek

Puan Rozi, Pengusaha kek dan roti

Berita baru diterima dati pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor.. bahwa CEO nye hanya boleh di interview pada jam 2.30 ptg.. so terdapat lambakan masa disini.. apa lagi kami2 pun secara serentak bersetuju utk jalan2 cari masaalah.. ini buktinye..

Masa bersantai sudah berakhir.. kami kesemua bergerombolan ke Pejabat MAINJ.. maka mulalah ektiviti shooting..

* Bergambar kenangan bersama CEO Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Jam 3.30 ptg

Kami mula bertolak semula ke Melaka.. pasalnya esok akan men’shooting’ Asnaf di sana.. jadual agak klam kabut akibat pertukaran masa oleh mangsa-mangsa shooting kami di saat akhir.. so ikut je lah masa dorang tu.. dah tak blih buat apa dah..

* 3 days to go!! tabah lah wahai aku.. moga Allah bagi kesihatan .. kekuatan.. dan keimanan… Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Perlis dan Sabah menanti..