WELCOME CIMPHORENG!

19 02 2010

Nampak gayonye betambah satu lagi koleksi kenderaan aku… CIMPHORENG… itulah namo nye! Seblom ni aku ado “LEMBU” (moto RC80), “SPIDER” (moto RXZ), “TENOK”¬† (Sebijik kereta Ford Escort sebaya ngan aku.. tapi aku lagi kacak dari beliau) seterusnya “HULK” (Satria hijau yang kini dah di kaler kelabu oleh owner baru), “KIKI” seekor kancil 550cc dan yang paling aku sayang “DAYANG SENANDUNG” (Kreta Wira kaler itam aku… sayang sampai tak basuh2 berpurnama lamanya.. takut cat luntur.. erk! alasan nak cover perangai maleh basuh kreta.. sila terpedaya… ok!?)

Skang ni CIMPHORENG dalam tempoh runner-in tengah nak cukupkan tempoh edahnye agar aku boleh hanta service yg pertama dan boleh lah ganyang lasak2 sket.. redah hutan… redah pembahagi jalan… redah laman rumah jiran… redah keting musuh longgar! dan pelbahagai redahan lagi! Dak Ayu yg bagi namo CIMPHORENG tu.. kalau nak tau ertinya.. konolah tanyo beliau sendirik..! tu pun kalau dio tau apo maksud sebenar! kut.. kut dia main taram lidah je menamekan mende tu.. tak tau lah…

Sejak aku memboncheng ini CIMPHORENG… kadar pendapatan stesen minyak kat ghumah aku ni makin menurun.. maklumlah… slalu sehari aku isik RM20 kengkadang RM30.. tapi skang ni … 10 Hengget makan minggu jugak lah…

hahahah! aku gumbira!

Berikut ialah lakaran CHIMPHORENG aku secara kasar! huh!

Advertisements