Mana nak mula ek!
Oklah.. atas permintaan dari dua tiga orang member yang layan blog aku neh.. maka dengan ini aku akan turun kan serba sedikit elmu pasal edit mengedit ni… bukan lah pandai sangat tapi boleh lah sikit2… aku pun blajo dari Sifoo aku jugak (Alang aku) dan bukan lah dari universiti ternama kat Melesia ni.. makanya apa yg aku tahu aku kasi tau.. yang tak tau tu kito carilah samo2.. ok!?
Are u redi!!!?
Bismillahirrahmanirrahim..
Mula2 korang kena lah install perisian Photoshop Adobe dlm korang punya PC.. kut PC.. PC lah.. kalu Laptop.. Laptop lah… harus diingat Mini Compo tak boleh guna perisian ni…

Korang boleh lah beli secara on9 atau cara2 mana yg korang slalu beli perisian yg lain… pegi je kedai yg jual software tu kata cam ni..
“Encik~ ada jual tak Photoshop punya installer?”
Dalam kes ni aku menggunakan Photoshop CS3
Secara ringkasnya Photoshop ni adalah kerja yang dilakukan dalam bentuk Layer (lapis.. bukan kek lapis Sarawak.. sedap dow kek lapis Sarawak.. tiap kali gi umah Udek time raya, musti ada kek lapis ni.. warna warni.. tapi orang Perak yang buat.. erm abaikan pasal kek lapis berikut)
Diulang!! Kerja dalam LAYER…

Ok.. sebagai contoh..
Mula2 pegi ke pepunat File lepastu click New
kemudian akan muncul pop-up windows seperti berikut..

ok. dalam kes ni aku setkan layout nya bersaiz A4 (Width = 21cm, Height = 29.7cm)
Lepastu tekan OK jadilah macam ni…

untuk masukkan imej plak.. sonang yo! tak lah sesusah memasukkan kambing dalam kandang.. cumo korang bukak je Folder yang ado gamba korang yang nak edit lepas tu drag je masuk ke dalam photoshop ni… bila korang drag.. ia kan membentuk window yang berasingan.. so .. dari window yg berasingan tu.. korang drag plak masuk ke dalam window yang baru kita create tadi.. yang bersaiz A4 tadi tu… so jadilah himpunan gambar dalam satu layout..
Jadilah macam ni…

cumo abaikanlah mamat belagak dalam visual ni.. aku kalau jumpa memang nak tumbuk je mamat neh!! hahaha!
So.. kalau korang tengok.. jumlah Layer meningkat seramai 3 Layer sejajar dengan 3 keping gamba mamat terkutuk tu.. macam aku habaq tadi kalau korang drag sejuta atau sebeliun gamba mamat ni.. so ada lah sejuta atau sebeliun LAYER gamba mamat ni…
Seterusnya yeklah.. cara nak move gambar ikut susunan yang kita kehendaki.. maka LAYER tadi amat penting! contohnya kalau kita nak alih gambar Pix-01, maka kita kena click layer 1 (Layer Pix-01)

Di ulang.. click layer mana yang kita nak alih gamba nye.. kendian guna MOVE tool untuk alih gamba ikut suka hati kita.. begitu juga kalau kita nak alih PIX-02.. Click dulu LAYER 2 kendian dengan MOVE tool alih plak gamba kedua.. dan seterusnya..
Kalau kita engkar dengan tidak memilih LAYER yang berkenaan mungkin gamba lain yang akan bergerak!! jangan anggap itu MAGIC.. itu yeklah kesalahan kita tak ikut arahan! paham tak stakat ni…!?
kalau dah paham.. Tutorial seterusnya nanti akan menerangkan secara jujurnya pasal TOOLS yang harus difahami..