IKON ASNAF 2016 Edisi Pantai Timur

7 11 2016

Warghhh!!!

Aaaaaa.. tekejut kannn.. (kalau tak.. sila menengejutkan diri.. baru nampak impek nye)..

Bertemu lagi weh.. masuk malam ni dah 4 malam aku ngan team produksi IKON ASNAF 2016 terbitan JAWHAR dan JAKIM menjalani pengambaran di zon Pantai Timur.. bermula dengan Bentong Pahang.. dan bawak ke Kota Bharu Kelantan.. esok akan bertolak ke Terengganu.. dan turun ke Pekan dan Kuantan.. 

Trip kali ni amek masa 11 hari.. agak lunyai jugak rasanya nanti ni.. tapi demi menyampaikan misi Pusat Zakat seluruh negeri.. maka tugasan ini dilaksanakankan dgn penoh dedikasi.. 

Dengan terhasilnya dokumentari 14 episot ni.. maka diharap rakyat Melesia khasnya pengeluar zakat dapat lah mengetagui sedikit sebanyak pasal salah satu tanggungjawab pusat zakat setiap negeri dlm mengagihkan wang zakat..

Team yg terbaek kali ini mmg sangat sempoi dan perjalanan kerja dalam situasi yg amat best!! Tq guys!! sila truskan kerjasama yg hebat anda sehingga habis shooting kelak!! next blah utara plak .. sebelom ke Sabah di penghujung misi…

* Mr Cameraman kita (Bro Fakrul) menong mengenang ape tah!! 

* Takde maksud apa2.. keep on scolling bebeh!

* Selapas aksi ini di ambik.. En. Fakrul kita dilanda tegeliat pergelangan foot.. Ouchhh!!

* Tengok camne pakar beraksi.. kihkihkih

Sekian buwat masa ini.. Daaaa…





PUND*K

27 10 2016

Hari ni hari marah saya..

Sekian…





Happy Birthday Princess

25 10 2016




MISI SELATAN

23 10 2016

Today yeklah hari terakhir dalam misi shooting di zon selatan tanah air.. setelah seminggu keluar kawasan KL kini kami telah melayari 3 negeri.. N9, Melaka dan akhir sekali Johore..

PENAT tapi puas hati.. 


Next yeklah zon Pantai Timut.. lagi seminggu dari sekarang.. balik ni nak lepak dulu kasi pulih segala tenaga..

Daa..





YONG PENG

22 10 2016

Bila aku nampak signboard Yong Peng.. aku musti tringat satu kejadian ni. Dah lupa tarikh mahupun tahunnya. Yg pasti malam. kecik lagi aku time tu.. darjah-darjah lagi lah camtu..

Aku, mak dan arwah ayah (ayah tiri aku.. Bakar) pergi ke Batu Pahat tak silap aku.. menaiki kereta yg disewa dari kampung.. sampai area Yong Peng.. malam… tayar kereta pancit. Ayah tiri aku terpaksa bukak tayar di tepi jalan dan menahan sebuah lori yg kebetulan lalu di situ, lalu beliau tumpang lori tetsebut ke bengkel yg berhampiran.. aku ngan mak tinggal di tepi jalan utk jaga kan barang2 dan kereta di situ..

Takdelah hebat mana pun kisahnye.. habis kat situ je.. hahahah.. tapi mmg aku takkan dapat lupa Yong Peng dan kisah taya pancit tu.. mungkin aku duk pikir betapa getirnya keputusan ayah nak tinggalkan kami tepi jalan tah selamat atau tak.. malam plak tu.. takde ape2 di sekeliling.. mungkin jugak aku duk terpikir betapa gelisahnya omak memikirkan keselamatan kami dua beranak di tepi jalan tu..

Erm.. itu jam semua keperluan diri org uruskan.. buat lah apa nak buat.. takyah pikir apa2.. selagi tak bahaya buatlah.. takde yg marah.. takde yg larang..

Ini jam.. uruslah sendiri..

Landskap nye agak unik.. banyak antena2 tinggi menjulang di merata tempat.. denga crita penduduk tempatan boleh nonton channel dari negara jiran.. wah.. takyah la susah2 nak langgan channel berbayar yg satu tu.. 

Okey.. ektibiti shooting ini hari.. asnaf yg berjaya dlm bidang pembikinan serta jualan roti dan cake.. suami istri yg istikomah menjalankan perniagaan demi manampung keperluan keluarga.

Kadang kala tepakse beraksi luar biasa ketika melakukan pengambaran.





SELAMAT PAGI MELAKA

21 10 2016

Assalamualaikum.. 

Bahagia!?.. pagi2 kena lah bahagia.. hari ni sambung shooting sekitar Melaka.. tengahari stop layan solat jumaat.. 

Pakcik Samat anak ey si esyah nikah hari ni.. kut ado joki bleh turun.. tengok camno ey nanti.. sarapan dulu.. sompek buek clip jalan nak poi mamak tadi.. meh layan jap..

Jap 9 pagi kami bertolak ke area Bukit Katil, Melaka.. rumah asnaf yg mengusahakan pembikinan kuih.. kek.. dan macam2.. ibu tunggal 7 anak.. hidup susah.. dgn bantuan dari Majlis Agama Islam Melaka, bliau berjaya memajukan perniagaan nya.. begitu juga dgn bantuan dari beberapa insan mulia mendapatkan tempahan utk bliau..

* Puan Dayang (2 dari kiri) bersama 2 orang Datin yg sering mendapatkan tempahan buat beliau.

Shooting kami dihentikan seketika utk laluan solat jumaat.. memandangkan maso masih banyak seblom jumaat, kami bersetuju utk poi umah Pak Cik Samad utk makan kenduri.. si Echah nikah hari ni.. 

Try tipun omak.. omak koba dio baru sampai umah Pakcik Samad.. ok ngam.. sey otw ke sanun…

Menu : Masak lomak pisang ngan daging salai.. ikan semilang masak samba merah… nyam.. nyam.. 

* Dapek yo melopeh rindu samo bonda tersayang.

* Tahniah Echah!! Slamat Pengantin Baru!!

Pengambaran diteruskan.. kali ni pegawai tertinggi dari Majlis Agama Islam Melaka turut serta dalam pengambaran yg kami lakukan di samping datang membuat pantauan terhadap asnaf mereka.

Blanje skit shot.. guna OSMO..

Setel sudah menggambaran.. so kami mengorak langkah ke Johor semula.. Yong Peng destinasi seterusnya..

Kelaparan melanda.. tiba di Yong Peng trus cari kodai makan.. lopeh ni bnak carik hotel plak.. 





ANI anak ayah..

20 10 2016

Blip!! blap!!.. dah besar dah anak saya nan sorang ni.. makin comel.. makin bijak.. makin kuat makan.. tak banyak ragam.. berfikiran macam org besar.. sayang betul saya sama bliau ini.

Tak dinafikan peranan yg besar dijalankan oleh Dak Ayu sebagai “ibu mithali ibu sejati tunggak pada singer menawan keluarga bahagia”.. telah menjadikan Ani sebagai kanak2 luarbiasa hebatnya.. tq Allah.. tq Ayu..

* Utk makluman.. itu mmg bahasa utama Ani.. bukanlah dia mengade-ngade atau nak lupa daratan.. harap ampunkan beliau ya.. 😉😉

Smoga Ani berjaya dunia akhirat.. ayah sayang Ani dan Ibu…